Thursday, March 23, 2017

Apa itu Arkitek Landskap?

Arkitek landskap..

Aku mula mengenali bidang ini apabila aku inginkan cabaran yang baru dalam bidang yang ku ceburi sebelum ini iaitu Polimer Sains. Tambahan pula kecenderungan aku dalam bidang seni masih menebal dalam diri walaupun telah lama aku tinggalkan bidang ini selama 15 tahun yang lalu..
Dengan tekad dan keazaman yang tinggi aku pun melakukan satu langkah yang berani dengan menukar jurusan pembelajaran aku dari sains ke bidang seni iaitu "Arkitek Landskap"...

Bukan mudah untuk aku memulakan langkah tetapi dengan matlamat yang jelas Alhamdulillah aku mampu mengharungi bidang yang sangat2 menguji ketahanan fizikal, mental dan rohani...

Sebut sahaja Arkitek Landskap perkara pertama yang terlintas difikiran aku adalah berkaitan lukisan...Tetapi rata-rata bila aku bertanya kepada nitizen mereka akan katakan bahawa kerjaya ini ada kaitan dengan penanaman pokok sahj..Ada pula yang bagitahu aku ' ala yang jag pokok, trim pokok, siram pokok'...what? ternganga sekejap aku mendengar jawapan nitizen...

Basically, kerjaya ini merupakan bidang senibina luaran yang mana kita akan membuat reka bentuk luaran sesuatu kawasan dengan mengambil kira isu-isu alam, kesesuaian pokok mengikut fungsi, lokasi dll serta melakukan proses pembinaan mengikut fungsi sesuatu tempat...Nampak macam mudahkan tetapi banyak lagi aspek2 lain yang kita akan belajar dan praktikan untuk menjamin kelasterian alam apabila bergelar "Arkitek Landskap"

No comments:

Post a Comment